Wednesday, 27 April 2011

maaf itu mahal??

Bismillahhirohmannirohim dan salam sejahtera semua..


sedih?? hidup ni selalu je sedih.. bila baru nak bahagia mesti je datang awan-awan kesedihan.setiap manusia akan diuji olehNYA, tak ada yang akan terlepas dengan ujian dan cabarannya.. begitu juga aku ni.. baru melihat awan kebahagian datang pula awan mendung yang membuat dunia aku kelam.. kenapa?? mungkin ALLAH sentiasa mahu mengajar aku erti kekuatan agar aku tak mudah putus asa dalam kehidupan dan mungkin ALLAH telah menemukan aku dengan orang yang salah dengan tujuan menyuruh aku mencari orang yang sepatutnya berada di sisi aku dikala susah dan senang.

aku selalu dipersalahkan?? ya, memang aku bersalah sebab tamak, bayangkan aku seorang mahu menjaga 3 hati yang belum tentu mereka dapat jaga hati aku yang satu ni.. aku mahu semua pihak tidak sakit, namun apabila aku dikata bukan-bukan aku jadi malas nak menghadap muka mereka semua, adakah mereka berfikir keadaan aku di sini? adakah mereka terfikir masalah aku? adakah mereka fikir perasaan dan hati aku? memaafkan kesalahan yang dibuat oleh mereka memang mudah, namun kebencian yang bertandang ni, aku takut akan menghancurkan persahabatan kami. aku sayangkan persahabatan antara kami semua.namun kenapalah mereka tak faham situasi aku..
tapi aku menjadi kuat, bila aku baca blog kawan aku.. thanks kawan.. kata-kata dan ayat kau membuatkan aku belajar untuk muhasabah diri ini. mungkin kesilapan aku yang menyebabkan masalah dan dugaan timbul.. namun mungkin itu untuk memberikan aku pengajaran.



aku petik sikit dari ayat pada buku yang beliau baca 

'' mulakan langkah mencari bahagia dengan merasa bahagia dengan melihat kebahagian orang lain. langakah pertama adalah dengan memberi maaf.''

bukan senang nak maafkan perbuatan orang pada kita lagi-lagi bila ego dan marah menguasai diri, tapi apa salahnya untuk mencuba memaafkan orang lain  ketepikan ego dan marah.. betul tak?? bak kata dalam buku itu lagi ''tidak jauh dalam diri kita ada suara lain yang tidak jemu-jemu mengingatkan, suara yang tulus mendamaikan jiwa yang berkecamuk. maafkan.. lupakan.. berperang dengan mereka umpama berperang dengan diri sendiri. musim-musim yang berlalu seharusnya mendewasakan kita. bermusuh dengan orang lain umpama bermusuh dengan diri sendiri.memaafkan orang lain umpama maafkan diri sendiri. dendam itu dosa, memaafkan itu pahala.memaafkan datang menjemput ke syurga ''fana'' , sebelumnya datang ke syurga ''baqa''..'' pilihan di tangan kita, kita yang menetukan hala tuju diri kita.. korang pun pernah dengarkan bila kita tak bertegur sapa antara satu sama lain melebihi 3 hari, kita takkan dapat bau syurga, so marilah kita sama-sama amalkan sikap saling memaafi antara satu sama lain.


''hidup ini terlalu singkat untuk membenci'' 

 







No comments: