Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra
Topik untuk petang ini berkaitan dengan MAKANAN. Kenapa berkaitan dengan MAKANAN?? Sebab aku kuat makan..hahahaha lagi-lagi bila nak datang 'bendera merah'. Aku rasa semua orang akan kuat makan bile stress, tensen, bosan dan bila tak tau nak buat apa dah..betul tak? Ni adalah hasil kajian dari pemerhatian ke atas rakan sebilik dan diri sendiri juga hahahahahaha
Oleh kerana malam semalam aku pergi makan bakso bersama-sama kawan-kawan aku, so aku nak cerita pasal BAKSO kat area Sarawak ni lah.. Memang meletopsss abes lah, meleleh air liur beb..Warung ni diusahakan oleh pasangan suami isteri, yang aku tau nama bini dia je, KAK YANTI (orang indon). Special thanks buat Abang Pian sebab bawa kami ke sini , biasa aku pergi dengan buah hati , hahahaha panas-panas. Gambar-gambar ni semua sedara Alfian yang amek, cerdit to him.. Tak lupa buat kawan-kawan yang lapar tu sedari Johlaida , Qina dan Mira.. Buat Joe yang baru first time ikut nampak teruja dengan makanan ini. Malam itu kami telah meng'order' BAKSO SPECIAL dan sedara Alfian dengan pilihan hatinya 'mi goreng ayam'. Selamat menjamu selera.
muka lapar =D
bakso special
menu
kat warung ni kalau nak order kena tulis sendiri pastu bagi kat kaunter, pastu dia akan hantar makanan pada kami. Makanan kat sini memang sedap macam makanan kat semenanjung. Pastu special ye warung ni dia ada hari tertentu buat makanan Nasi Ayam, Nasi Goreng ayam, Laksa Sarawak dan Penang. Makanan diaorang memang laris. Warung ni dibuka seawal 3petang sampai makanan abes hahahahahahaa selalu makanan yang special ni cepat abes macam Laksa biasa dia buat hari Selasa dan Rabu, so pada yang nak makan tu kena datang seawal mungkin sebab memang cepat habis.. Yelah benda jarang ada mestilah laku..hihihi
nyum..nyum
muka kenyang
time to bayar
saudara Alfian =D
aku rasa cukuplah aku membebel petang ni ya.. hope korang enjoy ya :)
No comments:
Post a Comment