Tuesday, 3 May 2011

jangan tangisi jika cinta itu tidak lagi bermaya

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra

tOPik utk petang yang hujan bagai hati aku di kala ini.. shit aku benci benda ni, kalau boleh aku xnak pikir dah...


... Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta ...


Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita.. Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya...

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.. Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?


 
 
 
 
dan inilah yang sedang berlaku pada aku...T_T i want to cry and cry sampai buta..huhu


meletup

perhhhhhh..arie ni memang lu bikin wa panas la der...rasa tahap sabar wa dah hilang.lah kat lu beb..wa rasa macam nak tembak dan bom lu la der...wa hormat lu tapi lu pijak gua macam ni kan..wei, wa ingat sampai matilah...

 
wa rasa nak pasang bom kat lu, pastu letupkan, hancur berkecai... wa memang xdapat sabar dah ni... nak meletup dah ni...



moral of the story , bersabarlah miss universal qNf... sabarkan separuh daripada iman...

p/s senyum dan maki hamun beliau~


stress

aku malas nak taip pape..nak bagi gambar je
















menunjukkan aku benar2 stress......


 benar2 stress bab xstudy pape pun nak exam esok dusshhh~


p/s thanks abg google~

sembelit

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra

kasihan aku melihat kawan aku yang asyik tak boleh berak dan dalam bahasa saintifiknya 'sembelit'.. Kerana tak sanggup melihat dia kesakitan, lantas aku mengesyorkan beliau untuk makan ubat untuk memudahkan buang segala bahan kumbahan yang menetap di perutnya itu... Hasil pujukan dan rayuan ku ini, kami pun lantas ke sebuah farmasi untuk membeli ubat tersebut...bagi sapa-sapa yang sembelit bolehlah mencuba ubat ini, ada juga ubat yang pancut kat dalam lubang dubur kita, macam minyak untuk memudahkan pembuangan sisa toksik yang terkandung dalam badan.. sekali teran kua segala isi perut, lepas tu bolehlah tersenyum lebar...ubat ini amat berkesan but aku nak pesan jangan makan time ada kuliah atau hendak pergi kerja...nanti korang jadi penunggu tandas lak... =D




p/s : selamat mencuba ya hihi

Monday, 2 May 2011

alamak

alamak 1 .nak share something ni, tadi aku baca kat fB tadi kat wall ce cite ce cite yang simbol peace = V , alah yang selalu kita buat time nak amek gambar tu.. contoh gambar ya , aku amek contoh dari gambar aku lah ya...

contoh 1
(adik, sowie acik ayu guna pic adik bab chumil sgtlah...)

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya berasal dari simbol gerakan 
Illuminati!!. Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives”(Hukum Lima).


Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan(Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

 
 
OMG, pasni tak nak lah buat peace lagi hihihihihi
 
alamak 2, waaa esok subjek methodologi penyelidikan, nampak je macam senang tapi aduhai...study-study hihihihihihi tapi tak study-study pun haiyaaa

aku adalah aku

perasan cantik :D xpe kan


Lafazkanlah kata dari hatiku
Terangilah gelap gulita hati
Fahamilah maksud kata lagu ini

Tenangkanlah jiwa yang bergelora
Hentikanlah kerunsingan ku ini
Tutupkanlah jendela oh naluri
Hidup bagiku sesuatu yang indah
Yang tak ternilai kenikmatan dunia padaku

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Ke mana saja ku bawa jua ke dalamnya
Pasti ku pasti yakin pada semua


Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya

Tenangkanlah jiwa yang bergelora
Hentikanlah kerunsingan ku ini
Tutupkanlah jendela oh naluri
Lafazkanlah kata dari hatiku

Terangilah gelap gulita hati
Fahamilah maksud kata lagu ini
Lepaskanlah sayap impian
Bawalah ku terbang tinggi

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Ke mana saja ku bawa jua ke dalamnya
Pasti ku pasti yakin pada semua

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya

Sebenarnya
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya


that's all for today :)

mengapa?

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra

mengapalah aku masih lembap dalam berblog dan mencantikkan blog aku ni... hmmm
aku perlu merajinkan diri aku lah, but tetap macam ni gak blog aku, payah la kalau begini rupanya..
lepas tu kan, kelmarin kot aku adalah baca 1 entri kat blog yuyu zulaikha , pasal blogger yang haters hentam... OMG, aku jadi macam takut untuk terus berblog, huhuhuhu
btw, aku rasalah aku akan tetap berblog.. hahahaha nuetralkan kembali kepala yang teracun dengan haters tu...cayook yuni..