Monday, 2 May 2011

alamak

alamak 1 .nak share something ni, tadi aku baca kat fB tadi kat wall ce cite ce cite yang simbol peace = V , alah yang selalu kita buat time nak amek gambar tu.. contoh gambar ya , aku amek contoh dari gambar aku lah ya...

contoh 1
(adik, sowie acik ayu guna pic adik bab chumil sgtlah...)

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya berasal dari simbol gerakan 
Illuminati!!. Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives”(Hukum Lima).


Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan(Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

 
 
OMG, pasni tak nak lah buat peace lagi hihihihihi
 
alamak 2, waaa esok subjek methodologi penyelidikan, nampak je macam senang tapi aduhai...study-study hihihihihihi tapi tak study-study pun haiyaaa

No comments: