Thursday, 28 April 2011

berdebarnya dupdapdupdap...

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra..

lagi seminggu exam nak tamat dah, maka berakhirlah sem dua tahun dua aku di UNIMAS.. dalam xsabar-sabar nak bercuti, aku rasa gementar dan berdebar-debar juga.. aku akan praktikal tahun ni.. aku praktikal kat RTM angkasapuru kuala lumpur.. cuak lah juga memikirkan macam mana nanti time praktikal tu..

sesungguhnya aku xsangka aku akan terjebak dalam bidang ni huhuhuhuhu siyes gila benda ni langsung takder dalam impian aku, sebab aku masa tu tak fikir langsung aku akan dapat masuk 'U' , namun rezeki aku , ALLAH dah tetapkan hala tuju aku di situ.. hope semua berjalan dengan lancar dan aku dapat tamatkan praktikal aku dengan suksesnya amin.. doakan aku ya kawan-kawan. 














RTM tunggu kedatangan kami ya hihihihihi 

saya follow awak, awak follow saya



yaaaaaa , ghumbira dah ni, sebab dah ada orang follow aku..

thanks ya =D

......

jam menunjukkan tepat kol 1230pm : perut mula menyanyikan lagu dangdut , minta di isi.. namun still buat pandai.. malas nak turun pergi kafe tapau makanan.. nak masak, bosan lak hari-hari sardin... kan best kalau ada pintu daremon , nak makan kfc terus ada kat kfc depan nun kat desa ilmu, nak makan mcd buka-buka pintu terus sampai kat mcd kat kuching nun.. baik aku terus balik rumah at JOHOR tu.. dapat makan banyak-banyak.. hahahahaha

dari pukul 10am aku duduk depan lappy ni , tapi study pun tak lagi.. yelah sebab pergi dok skodeng blog orang.. dan kebetulan ada satu blog ni tersama lagu dengan aku, but maaf ya awak , sy xpernah skodeng blog awak before ni, mungkin hanya kebetulan sebab kita meminati lagu yang sama hihihihihi

jam terus bergerak , skunk menunjukkan pukul1245pm, namun aku masih di sini terus menaip tanpa mempedulikan perut yang sudah sakit ( aku memang suka seksa diri aku ) hahahaha

tolonglah makanan datang pada aku.. huhuhuhu punya lah bapak kemalasan menimpa-nimpa diri aku saat ni..
ok lah nak pegi masak megi

out~

Simptom-simptom anda jauh dari ALLAH

Bissmillahhirohmannirohim dan salam mesra 

TAHUKAH ANDA ? SESUNGGUHNYA MEREKA YANG BERBUAT DOSA..SENTIASA GEMBIRA..TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MEREKA SEDANG MENERIMA PEMBALASAN ALLAH SWT..TETAPI MEREKA TIDAK MENYEDARINYA...

bagaimana nak tahu ?..

simptom2nya selalu sudah ditunjukkan tetapi manusia tak sedar kerana hatinya gelap , matanya dibutakan , akalnya dipendekkan , dan syaitan sentiasa ingin menemaninya 24 jam sehari..

nauzubillah..

Antara simptom2nya adalah..

1. fikiran serabut,
2. cepat marah..
3. selalu merasa bosan..
4. poket kering....
5. hutang keliling pinggang....
6. datang penyakit ...
7. hilang/pudar kecantikan dalaman dan luarannya...
8. dihina dan dipinggir orang....
9. wajahnya penuh kusut dan kusam...
10. dia senyum dan ketawa di hadapan orang tetapi dia menangis apabila dia sendirian...
11. masalah datang bertimpa2....
12. lambat jodoh...
13. tidak mendapat zuriat...
14. tidak merasa puas...
15. keliru dengan identiti /keinginan dalam hidup...
16. bahagia yang sementara...
18. sering ada penghalang dalam urusan kehidupan...
19. nikmat ALLAH yang sedia ada di hadapannya dilihat satu perkara yang biasa2 sahaja..dan tidak merasa bahagia dengannya...
20. menunaikan tanggungjawab dengan hati yang terpaksa dan tidak ikhlas....

ada banyak lagi..ttp semoga ini dpt membantu kita muhasabah diri dan nilaikan adakah ia berlingkar dlm kehidupan kita.....wallahualam

Jika anda sedar kebanyakannya ada dlm kehidupan, maka cepat2 cari dan usahakan untuk melihat ALLAH, untuk dekat dengan ALLAH, untuk merasai cinta ALLAH..insyallah ia akan membuat kamu sujud bertaubat kpd ILLAHI dan mengubah kehidupanmu buat selama2nya..ameen

memory on ME

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra.

Leave one memory that you and I had together. It doesn't matter if you knew me a little or a lot, anything you remember! Don't send a message, leave a comment below here. Next, re-post this in your notes and see how many people leave a memory about you. It's actually pretty cool (and funny) to see the responses. (To those that i tagged, i truly appreciate your time....)

Follow this format.

1. Who are you?
2. Are we friends?
3. When and how did we meet?
4. Do you have a crush on me?
5. Give me a nickname and explain why you picked it.
6. Describe me in one word.
7. What was your first impression?
8. Do you still think that way about me now?
9. What reminds you of me?
10. If you could give me anything what would it be?
11. How well do you know me?
12. When's the last time you saw me?
13. Ever wanted to tell me something but couldn't?
14. Are you going to post this in your notes and see what I say about you?
15. What is my best attribute?



CARA-CARA MELUPAKAN ORANG YANG DISAYANG

BISMILLAHHIROHMANNIROHIM DAN SALAM MESRA..

Tadi aku buka fB aku dan aku terbaca benda ni, so aku nak share ngan korang semua.. Hope dapat membantu korang tak bantu banyak pun, bantu sikit pun jadilah ya :)

''HADAPI DENGAN SENYUMAN''


1)   Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.
Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe

2)   Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.
Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..

3)   Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.
Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

4)   Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.
Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe

5)   Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.
Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..

Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya..  “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”

lapan pengertian mengenai cinta menurut ALQURAN

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmaanirrahiim
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....

8 Pengertian Cinta Menurut Al-Quran


Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu
mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an
katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya
(man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta
sejati ada tiga : (1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai
dibanding dengan yang lain, (2) lebih suka berkumpul dengan yang
dicintai dibanding dengan yang lain, dan (3) lebih suka mengikuti
kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi
orang yang telah jatuh cinta kepada Alloh SWT, maka ia lebih suka
berbicara dengan Alloh Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka
bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti
perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan
"nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu
berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia
ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut,
siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis
rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding
terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang
kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi
kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian
darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari
itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham ,
yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri,
yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata
rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana
psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.
Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah
dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya
menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta
mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia
akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara,
sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung
kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut
dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada
yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang
lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil
dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad
syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir
tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf
ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir
kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan
norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak
tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an
menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah
menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus
hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku
penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika
mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan
Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja),
sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan
bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al
jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari
hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5
dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan
tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur
dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika
wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya
memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa
Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada
sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang
apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il
tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik
kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang
menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada
pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la
yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)