Thursday, 5 May 2011

hantu KFC

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra.


Di suatu petang yang damai , ketika burung-burung sedang berkicauan dan aku yang sedang sibuk melayari 'mukabuku' , beep henfon aku berbunyi....

cik P : Yuni, mlm nh kfc jom..
cik yuni : kol bape??
cik P : 7.30? Hihi..bolew? aku br habes exam nh.. (aku tak tau apa masalah dia taip huruf i mesti jadi h) aku layan aje lah..
cik yuni : on aje..
cik pah : nt ap2 aku rojer ko ae,


kami memang hantu KFC, setiap kali tiga purnama muncul kami akan menghadap KFC sebagai makanan kami..ngehngehngeh..lagi-lagi cik P, kalau ngidam memang terlalu payah nak menolak keinginan utk pergi KFC..

duhai bila nak pukul7.30 ni , aku dah lapar sangat ni...kedengaran petir dan guruh bersabung-sabung di kaki langit.. hujan pulak getus hati aku..



beep , henfon aku berbunyi lagi...

cik P : ko rase ujan lebat x jap g??
cik Yuni : aku tak sempat ramal lah, sebab aku bukan pengkaji cuaca hahaha
cik P : (mesti bengang je) jap bg aku ramal, perot aku pun bunyi macam guruh gak..hahaha ( sian kawan aku lapar bebenor nampankya.)
cik Yuni : kalau xjadi xpe..aku sambung study....
cik P : ko ada exam ke esok, aku ingat dah abes..bla bla bla
cik Yuni : ko nak aku teman x??? mcm xnak ajak je
cik P : alaaa bla bla bla

dan akhirnya .....



aku punya


citarasa yang sama =D


cik P = hantu KFC

kami =D


yummyyummy










p/s tak dapat nak upload pic lain sebab internet lembap sangat-sangat huhu nanti aku opload lagi yaaa :)









 

best ke menyakitkan hati satu sama lain??

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra.


Topik hari ini 'menyakitkan hati'.. aku nak tanya koranglah kan, best sangat ke sakitkan hati kawan-kawan atau sesiapa sekalilah pun? best ke?? btw, nak jadikan cerita adalah seorang hamba ALLAH ni berkawan baik dengan seorang wanita ni.. memang baik gila-gila lah, sampai diaorang ni saling mencintai, tapi betullah manusia sekeliling kata ''cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh itu selalu bersama dengan cinta''.. selepas sesi meluahkan perasaan antara satu sama lain mereka pun bercouple but tak dapat nak bertahan mungkin sebab ego si wanita tu membuatkan lelaki tu rasa tercabar.. dan mungkin sebab wanita tu ramai kawan lelaki, rasa cemburu itu mengusai dirinya... but adakah lelaki itu tak terfikir apakah perasaan wanita itu..dan disebabkan itu, mulalah timbul adegan-adegan yang membuatkan mereka merencana untuk menyakitkan hati antara satu sama lain, dan akhirnya berlaku perang besar dan mereka kini sudah saling menjauhi antara satu sama lain. daripada seorang kawan rapat tiba-tiba bertukar menjadi musuh. btw cinta wanita pada lelaki tu , tak pernah luput kerana cintanya hanya utk lelaki itu. tapi dek keegoan dan rasa ingin menang , wanita ini taknak mengalah sikit pun terhadap lelaki itu. Hal ini adalah kerana wanita itu ingin memberi ruang pada EX gF ,lelaki itu untuk kembali bersama, oleh kerana harapan itu, wanita ini harus melupakan lelaki itu, bak pepatah , tak semestinya apa yang kita inginkan kita akan dapat, mungkin kalau dapat pun hanya bersifat sementara.. tapi wanita itu rasa gembira kerana melihat lelaki itu gembira bersama eX ye itu... T_T tapi kadang2 manusia bukan faham shit. aku lak yang terlebih emosi.. bengang dengan pasangan ni.. macam mane boleh bercinta... pelik bin ajaib  ngeeeee , tapi lelaki tu kuat menipu hapak tol lelaki itu..benci-benci.. sian wanita itu.. sabar na =D

p/s bila kita sakitkan hati orang, maka akan balik lah pada kita adegan sakit menyakitkan hati itu..
selamat beramal dan renung-renungkanlah..


Wednesday, 4 May 2011

moh kita belajar TUTORIAL untuk blog

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra.

petang ni aku tengah belajar tutorial untuk budak 'kecik; yang baru main blog... apa-apa pun aku nak say thanks to Lin sebab memperkenalkan aku kat satu blog ni iaitu jeritanblog, blog untuk budak 'kecik' macam saya yang baru merangkak dalam berblog ni..hihihihihi thanks dear , terhutang budi sikit ni.. terharu bab sudi beri tunjuk ajar kat aku.. lagipun aku saja-saja je men blog ni.. isi masa lapang aku :)


buat hanim , beatrice dan carrot juice mohlah kita sama-sama belajarnya :)

my befday 14 APRIL 2011

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra.

PART TWO

kenangan yang tak dapat aku lupakan, dalam-dalam aku tak hepi korang datang dan meng'hepi'kan aku..thanks my beloved frenzs =D
    


kejadian ini terjadi selepas aku kuar dgn abg aku tu, pandai roomate aka HAZWANI BTE MAT YUSOF, aku ni berlakon, tapi bila aku soh berlakon taknak pulak hahaha lebih-lebih lagi di bantu oleh pelakon-pelakon tambahan (ATIQAH BTE ARSHAD, FAZ WAZIER, FARIDAH, ROSMARINA dan MARDHIAH) yang tak kurang hebatnya =D love u all dear..nak jadikan cerita , time tu aku tengah ''karok'', tiba-tiba hp aku bergegar, menandakan mesej masuk.. rupanya roomate aku, dia cakap nak kirim barang kat kOOp, so aku ni pun xder lah nak syak apa-apa.. lepas abes karok tu aku pun balik dan NINI kol aku, tanya pasal nasi lemak yang dia kirim, kebetulan time tu nasi lemak habis, so dia cakap nak air batu, aku yang tengah takder mood ni, ikut je arahan...dah sampai umah aku nak buka pintu , tapi pintu tu berkunci so aku pun hangin lah, ikut hati aku nak je panjat tingkap rumah ( macam pencuri pecah masuk umah ) hahaha, tak sempat nak panjat tingkap pintu dibuka , aku pun baru nak langkah masuk tiba-tiba *pungggggg tepung hinggap kat muka, telur sebiji pecah kat kepala... so jadilah macam ni ...

 makan tepung *chumil kan


 rumahku bertepung

 befday girl di BULI

mangsa buli


geng kepoh dan kecoh
( member aku semua kepala gila-gila tapi itulah yang paling best )




the end~







my befday 14 APRIL 2011

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra..

nak share part-part kebahagian dalam hidup aku....sahabat-sahabat yang sekepala dan gila-gila membuatkan aku terlalu bahagia..rasa taknak je pergi meninggalkan kebahagiaan bersama-sama kamu semua..
aku ada abg yang baik hati sangat-sangat, sanggup belanja makan secret recipe dan belanja aku karaoke..yoo saya sayang kamu..kikiki

PART ONE.

buzzz, (tanda mesej masuk kat hp) abg aku mesej, wish befday dan dia tanya aku nak apa?? so apalagi,  aku cakap nak makan kek secret recipe ( wat muka manja-manja) kikiki akhirnya  jeng jeng..


secret recipe


oh kek ku yum2 >.<'' sedap tu


befday girl =D


 abg aku aka abg angkat je =D
btw thanks susah2 aje, len kali blanje lagi ya kiki


wih him frenz..


 beliau sedang meng'kidnap' kek aku..


nak 22batang lilin tapi dapat 1 je huhuhu
kek dah abes, tinggal krim je =D


this for part one, and part two will be continue on the next entry...
wait... =D


p/s time ni tengah moody, tapi beliau sebolehnya nak aku senyum dan ketawa. thanks ( terharu T_T )

Tuesday, 3 May 2011

jangan tangisi jika cinta itu tidak lagi bermaya

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra

tOPik utk petang yang hujan bagai hati aku di kala ini.. shit aku benci benda ni, kalau boleh aku xnak pikir dah...


... Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta ...


Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita.. Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya...

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.. Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?


 
 
 
 
dan inilah yang sedang berlaku pada aku...T_T i want to cry and cry sampai buta..huhu


meletup

perhhhhhh..arie ni memang lu bikin wa panas la der...rasa tahap sabar wa dah hilang.lah kat lu beb..wa rasa macam nak tembak dan bom lu la der...wa hormat lu tapi lu pijak gua macam ni kan..wei, wa ingat sampai matilah...

 
wa rasa nak pasang bom kat lu, pastu letupkan, hancur berkecai... wa memang xdapat sabar dah ni... nak meletup dah ni...



moral of the story , bersabarlah miss universal qNf... sabarkan separuh daripada iman...

p/s senyum dan maki hamun beliau~


stress

aku malas nak taip pape..nak bagi gambar je
















menunjukkan aku benar2 stress......


 benar2 stress bab xstudy pape pun nak exam esok dusshhh~


p/s thanks abg google~

sembelit

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra

kasihan aku melihat kawan aku yang asyik tak boleh berak dan dalam bahasa saintifiknya 'sembelit'.. Kerana tak sanggup melihat dia kesakitan, lantas aku mengesyorkan beliau untuk makan ubat untuk memudahkan buang segala bahan kumbahan yang menetap di perutnya itu... Hasil pujukan dan rayuan ku ini, kami pun lantas ke sebuah farmasi untuk membeli ubat tersebut...bagi sapa-sapa yang sembelit bolehlah mencuba ubat ini, ada juga ubat yang pancut kat dalam lubang dubur kita, macam minyak untuk memudahkan pembuangan sisa toksik yang terkandung dalam badan.. sekali teran kua segala isi perut, lepas tu bolehlah tersenyum lebar...ubat ini amat berkesan but aku nak pesan jangan makan time ada kuliah atau hendak pergi kerja...nanti korang jadi penunggu tandas lak... =D




p/s : selamat mencuba ya hihi

Monday, 2 May 2011

alamak

alamak 1 .nak share something ni, tadi aku baca kat fB tadi kat wall ce cite ce cite yang simbol peace = V , alah yang selalu kita buat time nak amek gambar tu.. contoh gambar ya , aku amek contoh dari gambar aku lah ya...

contoh 1
(adik, sowie acik ayu guna pic adik bab chumil sgtlah...)

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya berasal dari simbol gerakan 
Illuminati!!. Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives”(Hukum Lima).


Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan(Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

 
 
OMG, pasni tak nak lah buat peace lagi hihihihihi
 
alamak 2, waaa esok subjek methodologi penyelidikan, nampak je macam senang tapi aduhai...study-study hihihihihihi tapi tak study-study pun haiyaaa

aku adalah aku

perasan cantik :D xpe kan


Lafazkanlah kata dari hatiku
Terangilah gelap gulita hati
Fahamilah maksud kata lagu ini

Tenangkanlah jiwa yang bergelora
Hentikanlah kerunsingan ku ini
Tutupkanlah jendela oh naluri
Hidup bagiku sesuatu yang indah
Yang tak ternilai kenikmatan dunia padaku

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Ke mana saja ku bawa jua ke dalamnya
Pasti ku pasti yakin pada semua


Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya

Tenangkanlah jiwa yang bergelora
Hentikanlah kerunsingan ku ini
Tutupkanlah jendela oh naluri
Lafazkanlah kata dari hatiku

Terangilah gelap gulita hati
Fahamilah maksud kata lagu ini
Lepaskanlah sayap impian
Bawalah ku terbang tinggi

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Ke mana saja ku bawa jua ke dalamnya
Pasti ku pasti yakin pada semua

Jika bisa ku kecapi kehidupan ini
Akan ku pasti yang terbaik untuk diriku
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya

Sebenarnya
Tiba masa untuk aku berdiri sendiri
Aku adalah aku sebenarnya


that's all for today :)

mengapa?

Bismillahhirohmannirohim dan salam mesra

mengapalah aku masih lembap dalam berblog dan mencantikkan blog aku ni... hmmm
aku perlu merajinkan diri aku lah, but tetap macam ni gak blog aku, payah la kalau begini rupanya..
lepas tu kan, kelmarin kot aku adalah baca 1 entri kat blog yuyu zulaikha , pasal blogger yang haters hentam... OMG, aku jadi macam takut untuk terus berblog, huhuhuhu
btw, aku rasalah aku akan tetap berblog.. hahahaha nuetralkan kembali kepala yang teracun dengan haters tu...cayook yuni..